Monday, June 7, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 10- KESEDARAN (TWITTER)

 

Assalamualaikum & hi bloggers 

Untuk Twitter saya dikehendaki memuat naik tweet kesedaran. Kesedaran dari sudut pandangan orang berbeza-beza antara satu sama lain. Contohnya, ada yang menyentuh berkenaan isu kesedaran dengan alam, kesedaran dengan tuhan, kesedaran dengan manusia dan juga kesedaran dengan diri sendiri. Oleh itu, kesedaran ini penting untuk kita sentiasa sedar dan bersyukur dengan apa yang kita ada serta berusaha untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya.


Di bawah ini merupakan post saya mengenai kesedaran. 



Kemudian, saya quote tweet rakan-rakan saya mengenai tweet kesedaran mereka.




















Kehadiran 31 Mei 2021





BBM3410-2021-MINGGU 10- PERUBAHAN (INSTAGRAM)

 

Assalamualaikum & hi bloggers 

Untuk post yang seterusnya saya memuat naik gambar bersesuaian dengan caption mengenai perubahan. Perubahan mendewasakan kita tetapi akan mengambil masa kerana proses untuk berubah itu tidak mudah. Ini kerana kita ialah manusia yang lemah dan sering melakukan kesalahan dan kesilapan. Oleh itu, manfaatkanlah peluang untuk berubah ini sebaik mungkin.


Berikut merupakan post saya mengenai perubahan:



Kemudian,di bawah ini merupakan post rakan-rakan saya mengenai perubahan yang mereka alami atau perubahan dari sudut pandangan mereka.



















Kehadiran 31 Mei 2021





BBM3410-2021-MINGGU 10- TEKA TEKI (FACEBOOK)

 

Assalamualaikum & hi bloggers 

Untuk minggu ini, saya dikehendaki memuat naik post berkenaan teka teki. Haaa tiber kan teka teki pulakkk. Tapi takpe seronok juga jawab teka teki ni. Ada yang susah ada yang senang. Tapi yang penting melalui posting beginilah yang boleh membuatkan kita mengenali antara satu sama lain walaupun sebelum ini tidak pernah bertegur sapa :) So i'm glad to meet u all. Gichewww nyah

So, jomlah kita main teka teki. Kacanggg je hehehe.


Di bawah ini merupakan post teka teki saya. Haaa kalau anda bijak pandai jawablahh. Hehehe. Kita kasi yang mudah-mudah je.




Kemudian, di bawah ini merupakan post teka teki rakan-rakan saya serta jawapan saya mengenai teka teki mereka di ruangan komen.




















Kehadiran 31 Mei 2021







Sunday, June 6, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 10- VIDEO FOKUS (KLIK KLIK)

 Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


Assalamualaikum & hi bloggers...

Okay, enough with the scary and tragedy genre kind of video for now. Next. untuk video kali ini kita menggunakan skill yang dipelajari minggu-minggu lalu mengenai fokus. Yaaa benar video fokus. Pintarrr yaaa semua :) Video fokus ini ialah video yang memberi tumpuan terhadap satu item atau anggota badan. Kebiasaannya, video fokus ini tidak mempunyai suara dan wajah seseorang. Video ini diselangi dengan lagu instrumental atau lagu nyanyian bagi menghilangkan sunyi tanpa suara itu. Selain itu, video ini juga mempunyai jalan cerita yang membuatkan penonton berfikir. 

Jadi, marilah kita saksikan video fokus dari Klik Klik Production yang bertajuk...


Pena Harapan




Macam-macam drama yang boleh dilihat dalam video fokus 4 minit ni. Harap penonton dapat memahami mesej yang ingin disampaikan itu yaa ^^ Thanks for watching :)



Kehadiran 31 Mei 2021





Saturday, June 5, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 10- VIDEO SERAM (KLIK KLIK)

 Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


Assalamualaikum & hi bloggers...

Nahhh video tragedi sudahhh. Kita tengok hasil video seram pulak. Confirm meremang bulu roma korang. Sumpah gempak. Aku sendiri kagum dengan hasil video kali ini. Pelakon dekat dalam video ini walaupun tak berbayar tapi lakonan tu memang nampak real hahaha. Good job gaisss ^^

Okay so, video seram ni ialah video yang mempunyai penceritaan yang memberikan kesan yang menakutkan. Kebiasaannya video ini melibatkan hantu atau entiti yang tidak kelihatan. Manusia juga boleh terlibat dalam video seram tetapi jalan penceritaan itu hendaklah seram dan menakutkan.

Alright, ayuhhhh kita saksikan video seram by Klik Klik Production yaaa !!!




Harap bertenang dan bersabar yaa rakan-rakan. Video ini rekaan semata-mata je. Takde orang meninggal dan disakiti pun hahahaha. So, i hope u guys enjoy the video ya ^^



Kehadiran 31 Mei 2021





BBM3410-2021-MINGGU 10- VIDEO TRAGEDI (KLIK KLIK)

 Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


Assalamualaikum & hi bloggers...

Untuk minggu ini kita kasi video yang lain macam sikit. Video apetuuu ?! Jeng jeng jenggg. Video tragedi gaiss. Video tragedi ni merujuk kepada video yang melibatkan plot cerita yang memberikan kesan emosi yang tinggi. Contohnya emosi sedih, murung, terkejut, dan pelbagai emosi negatif. Jadi kumpulan kami sertakan satu video tragedi untuk tontonan semua.

Let's watch it together but beware for blood scene hihihi ^_^




Nahhh bukan senang nak hasilkan video ni tau. Effort masing-masing memang terbaikk. Semua layak jadi pelakon ni hahaha ^^


Kehadiran 31 Mei 2021




Friday, May 28, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 9- BAB 5 (TAKSONOMI DAN PENDEKATAN STRATEGI KOMUNIKASI)

 Rujukan:  Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.


Assalamualaikum & hi bloggers...

Untuk amali, saya dikehendaki membuat video slide mengenai taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi iaitu bab 5 dalam buku 'Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi'. Huraian dibuat secara ringkas dan padat supaya pembaca dapat memahami dengan mudah dan jelas.

Tanpa melengahkan masa lagi, Ayuh kita tonton video ini sama-sama...





Okay itu sahaja daripada saya, semoga bermanfaat kepada anda semua yaa... ^^ terima kasih.



Kehadiran 24 Mei 2021






Thursday, May 27, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 9- KEMANUSIAAN (TWITTER)

 

Assalamualaikum & hi bloggers...

Selesai sudah di Facebook dan Instagram, ayuh kita beralih ke Twitter pulak. Aduhhh habis semua kita conquer yaa. hahaha selama ini takdela aktif macam ni rasanya. Okay untuk saya punya next posting ialah mengenai kemanusiaan. Sesuai laa kan dengan situasi sejak akhir-akhir ini yang viral mengenai isu Palestine dan Israel. Nak tengok apa yang berlaku just klik je #VisitIsrael #IsraelKoyak #KoyakToYouToo semua ada kat sini. Papepun straight to the point I stand with Palestine. Dulu, kini dan selamanya. 


Di bawah ini merupakan posting saya mengenai kemanusiaan.





Kemudian, di bawah ini pula merupakan posting rakan saya mengenai kemanusiaan serta diberi pendapat oleh saya mengenai post mereka di ruangan komen.



















Nahhh selesai untuk minggu ini dalam sesi posting. Next week tema lain pulak. So stay tuned ye gaiss ^^



Kehadiran 24 Mei 2021



BBM3410-2021-MINGGU 9- KESILAPAN (INSTAGRAM)


Assalamualaikum & hi bloggers 

Selesai sudah berpantun di Facebook, ayuhlah kita bermadah pujangga pula di Instagram. Aktif betul media sosial kita sejak akhir-akhir ni yaa hahaha. Okay so next untuk posting di Instagram pula saya dikehendaki memuat naik post yang berkaitan dengan kesilapan. Haaa kesilapan pulak dahhh. Haritu ketenangan. Tak tenang laa kalau macam ni ahaha. Okayla i admit, everybody make mistakes right? Tiada orang yang terkecuali sebab manusia itu lemah, sentiasa membuat kesilapan. Tapi, apabila membuat kesilapan perlulah mengakuinya dan berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. Peluang kedua hanya layak untuk orang yang benar-benar menyesal atas kesilapannya dan berusaha bersungguh-sungguh ingin berubah menjadi insan yang lebih baik.  


Okay, di bawah ini posting saya mengenai kesilapan. So uolls yang ada kesilapan dengan sesiapa, cepat-cepat minta maaf yaa hihi >.< 





Di bawah ini pula posting rakan-rakan saya mengenai kesilapan. Di sebelah kanan merupakan komen saya mengenai posting tersebut.



















Okay, selesai sudah posting di Instagram. Next, dekat mana pulak yaa?... Just wait and see okay O_O



Kehadiran 24 Mei 2021










SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

  Setiap tugasan sepanjang minggu 14 ini disertakan dengan pautan di bawah bagi setiap tajuk: 1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKA...