Thursday, March 25, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1A

Assalamualaikum dan hi bloggers. Saya masih baru dalam bidang blogging ini hihi. Jadi, saya akan berusaha untuk meningkatkan kualiti blog saya dari semasa ke semasa. Untuk pembuka bicara saya akan berkongsi serba sedikit mengenai diri saya. Nama diberi Siti Nur Aisyah binti Rosdi. Berumur 22 tahun. Saya merupakan anak yang ketiga daripada empat adik beradik dan saya ialah perempuan tunggal dalam keluarga. Saya seorang anak jati Terengganu yang dilahirkan pada 22 Ogos 1999. Pada tahun 2019 saya bergelar seorang mahasiswi Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) yang memegang no. matrik 201845. Kini, saya berada dalam semester 4, tahun 2. Walaupun pada mulanya, UPM bukanlah pilihan pertama saya apabila mengisi UPU tetapi apakan daya tiada rezeki untuk menyambung pelajaran ke UKM. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Saya juga tidak menyangka yang saya boleh jatuh cinta dengan UPM. Benarlah pepatah ‘Tak kenal maka tak cinta’. Saya seronok belajar di sini di samping rakan-rakan yang tersayang. Journey saya di UPM akan saya kongsikan di page yang akan datang.

Selain itu, saya seorang yang gemar dengan food travel. Kebiasaanya, pada waktu cuti semester atau cuti hujung minggu saya dan rakan-rakan akan food hunting ke kedai makan yang menarik dan insta-worthy picture. Ini kerana saya turut meminati dalam mengambil gambar makanan serta berkongsi pendapat mengenai makanan tersebut kepada rakan media sosial saya. Kedai makan yang mempunyai ciri aesthetic, cantik, dan yang paling penting makanan tersebut sedap itu menarik perhatian saya. Walaupun saya berketurunan melayu, saya tidak tertumpu kepada makanan melayu sahaja tetapi semua jenis makanan. Contohnya, makanan Korea, Jepun, Cina, Barat dan lain-lain. Jadi, saya sangat terbuka untuk berkongsi minat saya dengan anda semua.

Di samping itu, saya sangat meminati drama Korea. Lebih-lebih lagi dalam genre misteri, fantasi, romantik, sejarah dan lain-lain. Saya dapati apabila menonton drama tersebut saya dapat meningkatkan lagi pengetahuan tentang budaya, pendidikan, kecantikan dan sebagainya. Selain itu, hal ini juga boleh mengukuhkan kemahiran dalam berbahasa Inggeris apabila kita membaca sari kata yang berbahasa Inggeris. Jadi, kita akan memperoleh 2 in 1 pada masa yang sama. Hiburan dapat pengetahuan pun dapat. Sekarang ini drama kegemaran saya pada tahun 2021 ialah Penthouse, Mouse, Backstreet Rookie, Mr. Queen dan Sweet Home.

Itu sahaja perkongsian daripada saya pada hari ini. Salam perkenalan semua.









17 comments:

  1. Seronoknya.. Nanti jom la kita prgi food travel✈️

    ReplyDelete
  2. wahh best nyaa kalau saya dapat join awak food hunting ! :'))

    ReplyDelete
  3. hai Aisyah . gembira berkenalan dengan awak !

    ReplyDelete
  4. Hi. Nnti kite p food travell same same

    ReplyDelete
  5. Kebetulan sy pun food hunting so nnti kite pegi makhon ye!!

    ReplyDelete
  6. Uwwuuuuuuuuuu mmg sgt kejam. Tunjuk je makanan tapi tak pernah ajak saya sekali. Sob sob

    ReplyDelete
  7. wah wah wahhh cantiknyaaaa. Btw, good article.

    ReplyDelete
  8. Makin cantik Bidadari Aisyah kita ni. Share sikit tips. HAHAHAHA

    ReplyDelete
  9. Wow hebat ..siti nuraisyah.....

    ReplyDelete

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

  Setiap tugasan sepanjang minggu 14 ini disertakan dengan pautan di bawah bagi setiap tajuk: 1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKA...