Assalamualaikum
dan hi bloggers. Saya masih baru dalam bidang blogging ini hihi. Jadi, saya
akan berusaha untuk meningkatkan kualiti blog saya dari semasa ke semasa. Untuk
pembuka bicara saya akan berkongsi serba sedikit mengenai diri saya. Nama
diberi Siti Nur Aisyah binti Rosdi. Berumur 22 tahun. Saya merupakan anak yang
ketiga daripada empat adik beradik dan saya ialah perempuan tunggal dalam
keluarga. Saya seorang anak jati Terengganu yang dilahirkan pada 22 Ogos 1999.
Pada tahun 2019 saya bergelar seorang mahasiswi Universiti Putra Malaysia dalam
jurusan Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) yang memegang no. matrik
201845. Kini, saya berada dalam semester 4, tahun 2. Walaupun pada mulanya, UPM
bukanlah pilihan pertama saya apabila mengisi UPU tetapi apakan daya tiada
rezeki untuk menyambung pelajaran ke UKM. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Saya
juga tidak menyangka yang saya boleh jatuh cinta dengan UPM. Benarlah pepatah ‘Tak
kenal maka tak cinta’. Saya seronok belajar di sini di samping rakan-rakan yang
tersayang. Journey saya di UPM akan saya kongsikan di page yang
akan datang.
Selain
itu, saya seorang yang gemar dengan food travel. Kebiasaanya, pada waktu
cuti semester atau cuti hujung minggu saya dan rakan-rakan akan food hunting
ke kedai makan yang menarik dan insta-worthy picture. Ini kerana
saya turut meminati dalam mengambil gambar makanan serta berkongsi pendapat
mengenai makanan tersebut kepada rakan media sosial saya. Kedai makan yang
mempunyai ciri aesthetic, cantik, dan yang paling penting makanan
tersebut sedap itu menarik perhatian saya. Walaupun saya berketurunan melayu,
saya tidak tertumpu kepada makanan melayu sahaja tetapi semua jenis makanan.
Contohnya, makanan Korea, Jepun, Cina, Barat dan lain-lain. Jadi, saya sangat terbuka
untuk berkongsi minat saya dengan anda semua.
Di
samping itu, saya sangat meminati drama Korea. Lebih-lebih lagi dalam genre
misteri, fantasi, romantik, sejarah dan lain-lain. Saya dapati apabila menonton
drama tersebut saya dapat meningkatkan lagi pengetahuan tentang budaya, pendidikan,
kecantikan dan sebagainya. Selain itu, hal ini juga boleh mengukuhkan kemahiran
dalam berbahasa Inggeris apabila kita membaca sari kata yang berbahasa
Inggeris. Jadi, kita akan memperoleh 2 in 1 pada masa yang sama. Hiburan
dapat pengetahuan pun dapat. Sekarang ini drama kegemaran saya pada tahun 2021
ialah Penthouse, Mouse, Backstreet Rookie, Mr. Queen dan Sweet Home.
Itu sahaja
perkongsian daripada saya pada hari ini. Salam perkenalan semua.