Friday, April 9, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3- CELIK BAHASA ISYARAT


CELIK BAHASA ISYARAT


Pada 6 April 2021,  saya berminat untuk menyertai program yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia yang membawa tajuk 'Celik Bahasa Isyarat' dalam Rancangan Sembang Tamu yang dikongsikan oleh prof saya sendiri iaitu Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim secara live di Facebook. 



Dikreditkan oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia


Berdasarkan perkongsian prof mengenai bahasa isyarat hari selasa lalu, begitu banyak sekali maklumat yang diperolehi untuk dimanfaatkan bersama. Saya paling kagum dengan semangat prof yang gigih mengejar dan mencari ilmu untuk belajar bahasa isyarat walaupun beliau sudah berusia namun usia bukanlah penghalang untuk melakukan sesuatu yang baharu. Beliau hanya mengambil masa dua bulan sahaja untuk mempelajari bahasa isyarat di Twitter dan YouTube. Menurut beliau, bahasa isyarat yang dipelajari ini beliau aplikasikan sendiri di rumah dengan memaparkan emosi dan perasaan beliau dalam gaya bahasa isyarat itu terhadap anak-anaknya di rumah supaya mereka pun turut berminat untuk mempelajarinya. Dengan kesungguhan dan semangat yang beliau paparkan itu membuatkan saya berasa terinspirasi dan berniat untuk mempelajari bahasa isyarat itu juga. Bahasa isyarat ialah bahasa yang sangat istimewa kerana kita berkomunikasi dengan seseorang hanya dengan menggunakan tangan sahaja. Bahasa isyarat juga boleh digunapakai oleh seluruh masyarakat dalam kehidupan seharian mereka. Dengan itu, saya sangat bersetuju dengan pendapat beliau untuk menambah subjek bahasa isyarat dalam silibus pendidikan. Ini kerana bahasa isyarat mempunyai banyak manfaatnya dan masyarakat hendaklah mengambil peluang ini untuk mempelajarinya. Selain itu, komunikasi dalam bahasa isyarat juga boleh difahami dalam pelbagai bahasa bukan sahaja dalam negara malahan luar negara dengan mudah. Oleh itu, bahasa isyarat perlulah dipelajari supaya golongan yang mempunyai masalah pendengaran dan bisu atau lebih dikenali dengan orang kurang upaya (OKU) itu tidak terasa terpinggir. Kita hendaklah memainkan peranan untuk membuatkan mereka berasa diterima oleh masyarakat. Ayuhlah bersama-sama hidup dalam suasana yang aman dan harmoni.




Bukti kehadiran Minggu 3 


No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

  Setiap tugasan sepanjang minggu 14 ini disertakan dengan pautan di bawah bagi setiap tajuk: 1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKA...