Sunday, May 16, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 7- VIDEO SETEMPAT

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

 

Assalamualaikum dan hi bloggers...

Salam 3 Syawal semua :)

Raya kan sebulan tapi untuk student kita raya dengan assingnment jerr ^^ haha jk

Untuk tugasan video setempat saya dikehendaki merakam video tanpa suntingan. Sebagai contoh video di Instagram story yang merakam video berdurasi 15 saat tanpa suntingan. Namun untuk video setempat ini dirakam dalam keadaan yang tidak beralih tempat dan suara latar video merupakan suara individu yang merakam video tersebut. Video setempat digemari oleh pengguna telefon bimbit yang yang gemar berkongsi cerita terkini mengenai dirinya. Biasanya video ini berdurasi lebih kurang empat minit dan wajah perakam video jarang didapati.

Jadi, saya ingin berkongsi dengan anda semua video setempat yang dirakam oleh saya sendiri. Semoga terhibur yaa...



Menarik kan sambil-sambil buat assingnment boleh dengar lagu raya. Maklumlah masih dalam mood beraya. Mudah je nak buat video setempat ni just ikut je langkah-langkah dekat bawah ni ye. Setiap orang lain caranya dalam membuat video ini. Saya akan sertakan langkah-langkah untuk membuat video setempat dengan cara yang paling mudah dan ringkas:-

Langkah-langkah Membuat Video Setempat

1. Video setempat boleh diambil dimana-mana sahaja yang penting ada handphone untuk merakam. Camera pun boleh. Asalkan boleh rakam. 
2. Phone dipegang dengan kemas supaya video tidak bergegar yang menyebabkan hasil video menjadi tidak cantik. 
3. Hanya tangan sahaja boleh bergerak manakala badan hanya statik di tempat duduk. Nama lagi video setempat kan.
4. Untuk pan video ke kiri dan ke kanan hendaklah dibuat dengan perlahan-lahan supaya video tidak menjadi laju yang boleh menyebabkan penonton menjadi pening apabila melihat video itu.
5. Orang yang merakam hendaklah memperlahankan sedikit suara kerana phone berada berdekatan dengan mulut. Suara yang sederhana sahaja tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan.
6. Rakaman video boleh dirakam mengikut kemahuan perakam. Kebiasaannya, tidak terlalu lama dalam 5 minit sahaja. 
7. Akhir sekali, video ini boleh disimpan atau dimuat naik ke mana-mana media sosial pilihan perakam.

The End

Haaa mudah kan. Jadi, tunggu apa lagi. Cubalah sekarang! ^^


Kehadiran pada 3 Mei 2021





No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

  Setiap tugasan sepanjang minggu 14 ini disertakan dengan pautan di bawah bagi setiap tajuk: 1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKA...