Thursday, June 10, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 11-DRAMA KOREA: REALITI ATAU FANTASI

Drama Korea Realiti atau Fantasi

Assalamualaikum & annyeonghaseyo yeorobunnnn ~ ~ ~

Haaa nampak lain sikit kan dari sebelum ni. Kita masuk gelombang korea jap, hahaha sesuai la dengan diri sendiri yang minat Kdrama ni. Kdrama dengan Kpop ni lain yaa anak-anak. Kpop tu lebih kepada bidang nyanyian dan tarian. Contohnya, kumpulan BTS yang digemari ramai tu. Beware dengan ARMY dia geng hahahaha. Kalau Kdrama pulak dia lebih tertumpu kepada bidang lakonan. So, that's why la pelakon dia memang tiptop takdela kayu macam certain movie tu uhuk uhuk. *tak mention sapa2 ea

Okay moving on kepada cerita hari ini, saya menghadiri rancangan sembang tamu daripada DBP ini kerana tajuknya sangat menarik chuolsss iaitu drama Korea. Nahhhh memang onszz la kan. Prof N pulak yang memberi perkongsian ni. Jadi memang wajib la pergi tengok.


Tengok poster pun dah rasa excited. I saw 'Scarlet Heart' di situuuu hahahaha. Dh bertahun-tahun tunggu tapi masih takde season 2 -_-




See, betapa excitednya kita siap share post dekat semua social media (Instagram, Facebook & Twitter). Rakan-rakan kita pun minat Kdrama so, why not kita share kan. Boleh dapat ilmu sama-sama ^^



Rancangan Sembang Tamu: Drama Korea Realiti atau Fantasi


Kredit: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia


Berdasarkan perkongsian prof mengenai drama Korea yang sangat menarik hati dan saya sangat kagum dengan prof kerana semangat beliau yang menginginkan sesuatu maka beliau berusaha untuk mencapainya. Sebagai contoh, prof ingin pergi ke Korea asbab daripada melihat drama Korea. Dengan izin Allah, prof berpeluang untuk travel serta mengajar di sana. Masha-Allah perancangan Allah sebaik-baik perancangan. Kemudian, prof juga belajar bermain ukelele. Minat itu berputik daripada menonton drama Korea. Saya pernah mengalami situasi ini iaitu apabila saya menonton drama “Doctor Stranger” tiba-tiba je teringin nak jadi doktor sebab cara penyampaian cerita itu memang menarik yang boleh menanam minat kita untuk menjadi seperti dia. 

Benarlah kata prof, apabila kita menonton drama Korea kita berangan seolah-olah kita yang menjadi watak utama dalam cerita tersebut. Terdapat beberapa judul drama yang mendapat sambutan ramai iaitu Winter Sonata, Full House, Hospital Playlist, Sweet Home, Move to Heaven, dan sebagainya. Prof menjelaskan bagaimana sesebuah drama itu memberi kesan kepada penonton. Contohnya, dari segi bahasa kita boleh mempelajari bahasa Korea dan Inggeris serentak. Ilmu baharu juga banyak diperoleh melalui genre2 yang dipaparkan.

Oleh itu, secara keseluruhannya memang tak rugi menghadiri rancangan ini. Bukan sahaja peroleh ilmu baharu malahan dapat merehatkan minda daripada membuat kerja kursus. Terima kasih prof :)





Feedback mengenai Rancangan Sembang Tamu: Drama Korea Realiti atau Fantasi












No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

  Setiap tugasan sepanjang minggu 14 ini disertakan dengan pautan di bawah bagi setiap tajuk: 1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKA...