Thursday, April 1, 2021

BBM3410-2021 -MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA


Pendekatan Analisis Wacana

(Normaliza Abd Rahim, 2018)

PRA-ANDAIAN

EMOSI

NILAI DAN BUDAYA

BAHASA

INFERENS

1. Intuisi

2. Konteks

 

·         Penerimaan/ penafian

·         Keperluan

·         Perujukan

·         Anaphora

·         Pengulangan

·         Kekaburan

·         Penegasan

 

1. Positif

2. Negatif

3. Emosi Bercampur

 

·         Perangai

·         Personaliti

·         Mood

·         Motivasi

1. Diri

2. Masyarakat

3. Adat

 

·         Jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran,kesederhanaan

·         Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan

·         Hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat

·         Keadilan, kebebasan, rasional

 

1. Bahasa pertama/ kedua/ ketiga

2. Formal/ tidak formal

3. Kesalahan bahasa

4. Linguistik

1. Rumusan keseluruhan

2. Rumusan topik perbincangan

3. Penutup kata



Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.


PRA-ANDAIAN

Pendekatan analisis wacana oleh Normaliza Abd Rahim mempunyai lima elemen iaitu pra-andaian, emosi, nilai dan budaya, bahasa dan inferens. Elemen yang pertama iaitu pra-andaian ialah sesuatu perkara yang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu tindakan. Pra-andaian terbahagi kepada dua iaitu intuisi dan konteks. Intuisi atau erti kata lain iaitu gerak hati ialah perasaan hati yang menunjukkan kemampuan manusia untuk memahami sesuatu perkara tanpa memikirkan logik akal dan fikiran. Seterusnya, bagi konteks pula dikaji melalui aspek penerimaan, keperluan, perujukan, anaphora, pengulangan, kekaburan dan penegasan.

 

EMOSI

Selain itu, elemen yang kedua ialah emosi. Emosi didefinisikan sebagai suatu ekspresi perasaan naluri yang kuat. Sebagai contoh, emosi gembira, sedih, takut, marah, dan sebagainya. Emosi terbahagi kepada tiga aspek iaitu emosi positif, emosi negatif dan emosi bercampur. Emosi positif ialah emosi yang menunjukkan kegembiraan dan bermanfaat manakala emosi negatif ialah sebaliknya. Bagi emosi bercampur ialah emosi yang bercampur baur dalam satu masa. Contohnya apabila kita mendapat anugerah dan dikehendaki menaiki pentas untuk menerima hadiah. Perasaan gementar, gembira, bangga hadir serentak dalam satu masa. Kemudian, perangai, personaliti, mood dan motivasi dapat dilihat melalui emosi terutamanya ekspresi muka dan bahasa badan.

NILAI DAN BUDAYA

Seterusnya, nilai dan budaya ialah elemen yang ketiga. Nilai dan budaya bermaksud sesuatu aturan yang menjadi kebiasaan dan mempunyai kepercayan yang disepakati tersemat dalam masyarakat. Nilai dan budaya terbahagi kepada tiga aspek iaitu diri, masyarakat dan adat. Nilai seperti jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan, berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan, hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat, keadilan, kebebasan, dan rasional.

 

BAHASA

Di samping itu, elemen yang keempat ialah bahasa. Bahasa adalah alat komunikasi yang berupa sistem lambang bunyi yang dihasilkan alat ucap manusia. Bahasa menumpukan tiga aspek iaitu bahasa pertama/ kedua/ ketiga dan sebagainya. Seterusnya, bahasa boleh dilihat melalui dua bahagian iaitu bahasa formal dan tidak formal. Contohnya, bahasa formal banyak digunakan di sekolah atau majlis rasmi manakala bahasa tidak formal kebisaannya digunakan di rumah dan komunikasi harian. Kesalahan bahasa turut memberi kepentingan supaya wacana lebih kelihatan lengkap dan sempurna. Kemudian, bagi aspek linguistik juga dianalisis untuk memberi kesan yang positif dari sudut huraian yang jelas dan sarat dengan maklumat.

 

INFERENS

Akhir sekali, elemen yang kelima ialah inferens. Inferens ialah kesimpulan yang dibuat berdasarkan fakta (asas) tertentu. Inferens terbahagi kepada tiga aspek iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan, dan penutup kata. Aspek ini perlu dititikberatkan supaya wacana ini lebih lengkap, jelas dan mudah difahami.



No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

  Setiap tugasan sepanjang minggu 14 ini disertakan dengan pautan di bawah bagi setiap tajuk: 1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKA...