Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
Cerita sosial 2: Saya
yang Istimewa
Pada
hari ahad yang lalu, bapa Alim pulang dari pasar tani dengan membeli banyak
buah-buahan tempatan dengan pelbagai jenis. Bapa Alim mengetahui bahawa anak-anaknya
gemar memakan buah-buahan tempatan iaitu Alim, abang Imran, Kak Madinah dan
Aisyah. Bapa Alim membeli buah rambutan, manggis, langsat, duku dan lain-lain.
Mereka sekeluarga terus menjamu buah-buahan tersebut bersama-sama. Aisyah dan
Kak Madinah gembira apabila melihat buah-buahan yang banyak lebih-lebih lagi
buah kegemaran mereka. Mereka sekeluarga makan buah-buahan tempatan itu dengan
gembira sekali. Seterusnya, setelah selesai menjamu selera. Ibu mengarahkan
anak-anaknya membuang sampah iaitu kulit-kulit buah-buahan tadi ke dalam tong
sampah. Ibu berpesan supaya jangan buang merata-rata supaya rumah mereka
sentiasa kemas dan bersih serta dapat mengelakkan rumah mereka daripada kotor
dan bersepah.
Kemudian,
Alim menyampaikan hasrat kepada ibunya untuk memberi sedikit buah-buahan yang banyak
dibeli oleh bapa tadi kepada Sulaiman dengan meminta izin ibunya terlebih
dahulu. Hal ini dikatakan demikian kerana Alim ingat akan pesanan ibu bapanya untuk
sentiasa berkongsi barang atau makanan kepada orang lain lebih-lebih lagi
barang yang kita suka. Berkongsi rezeki adalah satu perbuatan yang baik. Oleh sebab
itu, Alim ingin mengamalkan pesanan ibu bapanya dengan memberikan sedikit
buah-buahan kepada Sulaiman. Ibu berbangga dengan sikap Alim yang ingat akan
pesanannya serta mengamalkannya. Seterusnya, ibu bersetuju untuk memberi sedikit
buah rambutan dan manggis kepada Sulaiman. Ibu mengasingkan buah-buahan untuk
diberikan kepada Sulaiman ke dalam plastik merah.
Justeru
itu, Alim berlari ke rumah Sulaiman untuk memberikan plastik yang berisi
buah-buahan tadi kepadanya yang sedang menyiram pokok bunga itu. Dia berterima
kasih kepada Alim sambil tersenyum riang. Seterusnya, Alim pulang ke pangkuan
keluarganya dengan hati yang girang. Alim faham akan sifat berkongsi itu baik
kerana keluarganya turut mengamalkan sifat berkongsi itu antara satu sama lain.
Mereka saling berkongsi barang atau makanan dengannya. Di samping itu, Alim
menolong keluarganya mengemas rumah setelah selesai makan. Alim membuang
sisa-sisa kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar di luar rumah.
Kemudian,
Alim terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu kepada Sulaiman yang sedang
menyapu lantai di luar rumah. Mak Cik Timah berterima kasih atas pemberian
ikhlas buah-buahan tadi kepada Sulaiman. Alim senang berkongsi dengan jirannya
kerana ibunya berpesan bahawa berkongsi itu adalah perbuatan yang mulia dan
jiran-jirannya adalah orang yang baik-baik maka kita hendaklah berbuat baik
kepada jiran kita. Mak Cik Timah mengiakan setiap kata-kata Alim sehinggakan wajah
Mak Cik Timah berubah menjadi sedih. Ini bukan kerana dia sedih tetapi dia
gembira kerana Alim ialah seorang anak yang baik. Sejajar dengan itu, Alim baik
dengan anaknya iaitu Sulaiman. Alim mengatakan
bahawa dia suka Sulaiman kerana Sulaiman merupakan kawannya. Atas kebaikan yang
diamalkan oleh Alim, maka Mak Cik Timah berdoa akan kesihatan dan kesejahteraan
Alim dan sekeluarga.
Oleh
itu, kita hendaklah mengamalkan perbuatan yang baik kerana perbuatan yang baik
itulah membuatkan orang mendoakan kita dan sayang akan kita. Benarlah kata Abam
Bocey ‘kalau kita baik, semua orang sayang kita’. Oleh sebab itu, amatlah tidak
rugi untuk berbuat baik. Maka, ikhlaskan hati serta ikhlaskan niat untuk membantu
orang tanpa mengharapkan balasan. Balasan diakhirat kelak lebih utama untuk
kita yang bergelar hamba.
No comments:
Post a Comment