Wednesday, April 7, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3- CLOSE UP

 

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


Close Up

Close up ialah gambar yang diambil dengan jarak yang lebih dekat dan memfokuskan kepada ciri-ciri tertentu sehinggakan boleh melihat dengan jelas dan menyerlah. Close up hampir sama dengan mug shot iaitu mengambil gambar dengan dekat namun begitu, perbezaan kedua-dua ini ialah jarak gambar close up lebih dekat berbanding mug shot. Contohnya, close up boleh dilihat pada manusia, binatang, serangga, bunga, barang dan sebagainya.


Manusia



Model: Adam

Huraian: Setiap helaian rambut Adam jelas kelihatan. Matanya turut bersinar.




Model: Noah

Huraian: Sisi wajah Noah dapat dilihat secara terperinci. Warna baju mandinya juga menyerlah.



Model: Siti Nur Aisyah

Huraian: Apabila mata Aisyah terkena sinaran matahari maka warna mata dia akan lebih menyerlah. Warna yang terpapar ialah warna koko.



Model: Mikail

Huraian. Bulu mata Mikail yang panjang dan lebat jelas kelihatan. Helaian rambutnya juga sangat terperinci.



Model: Lutfiya Maryam

Huraian: Ciri-ciri ekspresi muka terpapar dengan jelas. 


Binatang / Serangga



Model: Kucing

Huraian: Mata kucing ini jelas kelihatan warnanya.



Model: Kerengga

Huraian: Kaki kerengga jelas kelihatan di dalam gambar.



Model: Ikan

Huraian: Sisik ikan kelihatan terperinci. Warna biru dan oren ikan itu boleh dilihat dengan jelas.



Model: Ayam

Huraian: Dengan mengambil gambar secara close up ini boleh mempamerkan bulu-bulu ayam ini secara terperinci. Hal ini boleh dilihat pada bulu ayam tersebut.



Model: Burung

Huraian: Setiap ciri pada burung ini sangat jelas. Matanya yang hitam berkilat. Selain itu, bulu-bulunya yang berwarna hijau serta kakinya berwarna oren kekuningan.


Bunga / Dedaun



Model: Daun

Huraian: Titisan embun pada dedaun ini dapat dilihat dengan jelas. Warna hijau daun ini turut menyerlah.



Model: Daun

Huraian: Titisan embun pada hujung daun kelihatan amat jelas. Urat daun yang berwarna hijau muda dan hijau tua itu juga sangat terperinci.



Model: Bunga Kekwa

Huraian: Jelas kelihatan setiap kelopak bunga yang berwarna merah jambu itu. 



Model: Bunga

Huraian: Warna bunga merah jambu pekat sangat menyerlah. Di kelopak bunga tersebut terdapat titisan-titisan embun.



Model: Bunga

Huraian: Warna ungu bunga ini terpapar dengan jelas.


Barang



Model: Jam tangan

Huraian: Jarum dan corak jam tangan itu dapat dilihat dengan jelas. 



Model: Mask muka

Huraian: Kontra warna biru dan merah jambu sangat menyerlah. Tulisan pada produk itu juga terpapar dengan jelas sekali.



Model: Cermin mata

Huraian: Perincian cermin mata ini sangat jelas.



Model: Getah

Huraian: Getah yang berwarna oren dan hijau ini dapat dilihat dengan terperinci.



Model: Cincin

Huraian: Batu permata pada cincin itu jelas kelihatan.


Sekian sahaja perkongsian saya mengenai tajuk ini :)


No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

  Setiap tugasan sepanjang minggu 14 ini disertakan dengan pautan di bawah bagi setiap tajuk: 1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKA...