Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Assalamualaikum dan hi bloggers...
Selesai video setempat, kita beralih kepada video one shot layer. Mesti korang tertanya-tanya, video apa pulakk shot layer2 tu kannn.
Okay, video one shot ini merupakan rakaman yang dibuat tanpa menggerakkan camera atau alat perakam video. Video one shot juga tidak memerlukan suntingan kecuali pada bahagian awal dan juga akhir video yang memerlukan kredit video. Video ini juga disertai dengan lagu dan individu dalam video tersebut memimikkan nyanyian mengikut lirik lagu yang dipilih. Kebiasaannya, video one shot berdurasi lebih kurang 3 minit mengikut durasi lagu yang dipilih. Video one shot terbahagi kepada 3 layer iaitu one shot one layer, one shot two layer dan one shot three layer.
Apakah yang dimaksudkan dengan 1, 2, 3 layer?
Ayuhh kita lihat contoh-contoh dibawah.
One Shot One Layer
Video one shot one layer ini dirakam tanpa gangguan objek atau individu lain dibelakang. Video ini hanya memfokuskan pada satu individu yang memimikkan nyanyian lagu ini sahaja.
Link YouTube: https://youtu.be/loB9Pc6xj2A
No comments:
Post a Comment