Wednesday, April 21, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5- DILEMA PENGEMBARA


 DILEMA PENGEMBARA


Assalamualaikum & hi bloggers.

Pada 16 April 2021 (Jumaat) saya menyertai program yang dianjurkan oleh DBP yang bertajuk 'Dilema Pengembara' oleh Dr. Siti Nur Alia Roslan. Apabila saya melihat tajuk ini iaitu mengenai pengembara, saya terus tertarik untuk mendengarnya dengan lebih lanjut. Sebenarnya, saya memasang impian untuk mengembara sejak dari zaman sekolah menengah lagi. Backpacker bersama rakan-rakan lepastu food hunting. Wow it's like dream come true. Tiber sangat kan. Namun, tanpa usaha untuk menabung dan status kewangan yang tidak kukuh maka impian boleh terkubur begitu sahaja. Dengan itu, saya akan pastikan semasa saya bekerja nanti saya akan melancong sekali setahun tidak kiralah dalam negara atau luar negara. Insha allah amin. 



Dikreditkan oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia


Perkongsian yang amat menarik daripada dr. Alia mengenai pengembara. Menurut beliau pengembara bukan sekadar ke luar negara sahaja tetapi kita keluar dari zon selesa iaitu tempat tinggal kita ke mana-mana tanpa mengubah diri kita. Kadang-kadang apabila berada di tempat baru ini boleh berlakunya culture shock. Maka, kita hendaklah memandang sesuatu perkara dari sudut positif namun tetap berjaga-jaga juga kerana bukan semua orang boleh dipercayai. Justeru itu, beliau telah menunjukkan minat mengembaranya seawal 16 tahun lagi. Sungguh hebat sekali kerana saya pada waktu itu masih berangan-angan untuk ke luar negara tetapi tidak mempunyai keberanian untuk melangkah ke negara asing. Mengembara bukan sahaja kita dapat bergembira tetapi pada masa yang sama ia merupakan perjalanan yang menarik kerana mampu menimba ilmu dan pengalaman dalam kehidupan. 

Tips-tips yang saya dapati daripada beliau ialah kita hendaklah mencari maklumat mengenai tempat yang hendak ditujui terlebih dahulu supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Selain itu, banyak bertanya kepada orang tempatan supaya tidak tersesat jalan. Benarlah pepatah Melayu iaitu malu bertanya sesat jalan. Seterusnya, ubat mestilah mencukupi kerana kesihatan sangat penting apabila mengembara. Di samping itu, kita mestilah mengetahui negara yang hendak ditujui secara umum iaitu apakah pakaian yang sesuai. Contohnya, kalau negara itu mengalami musim sejuk kita hendaklah membawa baju sejuk dan baju yang bersesuaian dengan musim itu. Akhir sekali, duit simpanan hendaklah mencukupi supaya membantu apabila berlaku sebarang kecemasan nanti.

Oleh itu, saya ingin berterima kasih kepada dr. Alia kerana banyak berkongsi pengalaman dan tips-tips untuk mengembara. Moga dimurahkan rezeki kepada saya supaya dapat menjejakkan kaki ke sana pada suatu masa nanti.


"Life begins at the end of your comfort zone." -Neale Donald Walsch



Kehadiran pada 16 April 2021






No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

  Setiap tugasan sepanjang minggu 14 ini disertakan dengan pautan di bawah bagi setiap tajuk: 1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKA...