Friday, May 28, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 9- BAB 5 (TAKSONOMI DAN PENDEKATAN STRATEGI KOMUNIKASI)

 Rujukan:  Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.


Assalamualaikum & hi bloggers...

Untuk amali, saya dikehendaki membuat video slide mengenai taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi iaitu bab 5 dalam buku 'Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi'. Huraian dibuat secara ringkas dan padat supaya pembaca dapat memahami dengan mudah dan jelas.

Tanpa melengahkan masa lagi, Ayuh kita tonton video ini sama-sama...





Okay itu sahaja daripada saya, semoga bermanfaat kepada anda semua yaa... ^^ terima kasih.



Kehadiran 24 Mei 2021






Thursday, May 27, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 9- KEMANUSIAAN (TWITTER)

 

Assalamualaikum & hi bloggers...

Selesai sudah di Facebook dan Instagram, ayuh kita beralih ke Twitter pulak. Aduhhh habis semua kita conquer yaa. hahaha selama ini takdela aktif macam ni rasanya. Okay untuk saya punya next posting ialah mengenai kemanusiaan. Sesuai laa kan dengan situasi sejak akhir-akhir ini yang viral mengenai isu Palestine dan Israel. Nak tengok apa yang berlaku just klik je #VisitIsrael #IsraelKoyak #KoyakToYouToo semua ada kat sini. Papepun straight to the point I stand with Palestine. Dulu, kini dan selamanya. 


Di bawah ini merupakan posting saya mengenai kemanusiaan.





Kemudian, di bawah ini pula merupakan posting rakan saya mengenai kemanusiaan serta diberi pendapat oleh saya mengenai post mereka di ruangan komen.



















Nahhh selesai untuk minggu ini dalam sesi posting. Next week tema lain pulak. So stay tuned ye gaiss ^^



Kehadiran 24 Mei 2021



BBM3410-2021-MINGGU 9- KESILAPAN (INSTAGRAM)


Assalamualaikum & hi bloggers 

Selesai sudah berpantun di Facebook, ayuhlah kita bermadah pujangga pula di Instagram. Aktif betul media sosial kita sejak akhir-akhir ni yaa hahaha. Okay so next untuk posting di Instagram pula saya dikehendaki memuat naik post yang berkaitan dengan kesilapan. Haaa kesilapan pulak dahhh. Haritu ketenangan. Tak tenang laa kalau macam ni ahaha. Okayla i admit, everybody make mistakes right? Tiada orang yang terkecuali sebab manusia itu lemah, sentiasa membuat kesilapan. Tapi, apabila membuat kesilapan perlulah mengakuinya dan berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. Peluang kedua hanya layak untuk orang yang benar-benar menyesal atas kesilapannya dan berusaha bersungguh-sungguh ingin berubah menjadi insan yang lebih baik.  


Okay, di bawah ini posting saya mengenai kesilapan. So uolls yang ada kesilapan dengan sesiapa, cepat-cepat minta maaf yaa hihi >.< 





Di bawah ini pula posting rakan-rakan saya mengenai kesilapan. Di sebelah kanan merupakan komen saya mengenai posting tersebut.



















Okay, selesai sudah posting di Instagram. Next, dekat mana pulak yaa?... Just wait and see okay O_O



Kehadiran 24 Mei 2021










BBM3410-2021-MINGGU 9- PANTUN 4 KERAT (FACEBOOK)


Assalamualaikum & hi bloggers...

Untuk minggu ini saya dikehendaki memuat naik satu post mengenai pantun 4 kerat yang direka sendiri. Kemudian membalas pantun 5 rakan saya di bahagian komen. Sejujurnya agak seronok untuk berbalas-balas pantun ini kerana unsur ritma dan nilai yang ingin disampaikan itu dihantar dengan cara yang menarik dan unik.

Di bawah ini merupakan post pantun 4 kerat yang dimuat naik oleh saya sendiri. Jenuh nau fikir ayat nak kasi nampak berbunga hihi ^^




Kemudian, di bawah ini merupakan post pantun 4 kerat rakan-rakan saya serta pantun itu dibalas di ruangan komen.















Haaaa tudiaaa. Kalau nak balas pantun saya komen je dekat ruangan komen di bawah tuu haa. Marilah kita memartabatkan bahasa kita yaa ^^ 



Kehadiran 24 Mei 2021







Sunday, May 23, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8- VIDEO ONE SHOT (KLIK KLIK)

 Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


Assalamualaikum dan hi bloggers...

Selesai video setempat, kita beralih kepada video one shot layer. Mesti korang tertanya-tanya, video apa pulakk shot layer2 tu kannn. 

Okay, video one shot ini merupakan rakaman yang dibuat tanpa menggerakkan camera atau alat perakam video. Video one shot juga tidak memerlukan suntingan kecuali pada bahagian awal dan juga akhir video yang memerlukan kredit video. Video ini juga disertai dengan lagu dan individu dalam video tersebut memimikkan nyanyian mengikut lirik lagu yang dipilih. Kebiasaannya, video one shot berdurasi lebih kurang 3 minit mengikut durasi lagu yang dipilih. Video one shot terbahagi kepada 3 layer iaitu one shot one layer, one shot two layer dan one shot three layer.

Apakah yang dimaksudkan dengan 1, 2, 3 layer?

Ayuhh kita lihat contoh-contoh dibawah.


One Shot One Layer

Video one shot one layer ini dirakam tanpa gangguan objek atau individu lain dibelakang. Video ini hanya memfokuskan pada satu individu  yang memimikkan nyanyian lagu ini sahaja. 





One Shot Two Layer

Video one shot two layer dirakam dengan mengambil kira satu lapisan lain selain daripada nyanyian. Biasanya lakonan mengenai jalan cerita yang terkandung dalam lagu tersebut dilakukan. Hal ini menyebabkan video tersebut lebih menarik.






One Shot Three Layer

Video one shot three layer pula menunjukkan terdapat tiga lapisan dalam satu video tersebut. Lapisan tersebut terdiri daripada lapisan nyanyian, lakonan dan lapisan pergerakan. Lapisan pergerakan ini boleh dilakukan dengan membuat penggambaran di kawasan semula jadi yang mempunyai pergerakan seperti pokok yang bergoyang, laluan kereta, air terjun dan sebagainya.





Nahhh. Selesai sudah ketiga-tiga video one shot. Moga dengan video ini boleh memberi idea kepada anda semua untuk membuat sendiri video ini :) Itu sahaja untuk minggu ini. Bye-bye...



Kehadiran 17 Mei 2021





Thursday, May 20, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8- STRATEGI KOMUNIKASI

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.


Assalamualaikum dan hi bloggers...

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai strategi komunikasi.

Apa itu strategi komunikasi?

Di bawah ini saya sertakan nota ringkas mengenai strategi komunikasi dalam bentuk peta minda. Bukan dalam pembelajaran sahaja mempunyai strategi malahan dalam komunikasi turut mempunyai strategi bagi menghasilkan komunikasi yang berkesan. 


Peta minda ini menjelaskan mengenai definisi strategi komunikasi menurut tokoh. Melalui kedua-dua tokoh ini dapat disimpulkan bahawa strategi komunikasi merupakan perancangan dalam menyampaikan komunikasi dalam pelbagai situasi sehingga mesej dapat disampaikan dengan jelas dan mudah difahami. 



Seterusnya, dalam peta minda ini menjelaskan bahawa komunikasi dapat berlaku di mana-mana sahaja dan dengan sesiapa sahaja serta apa cara sekalipun boleh menunjukkan komunikasi.







Peta minda di atas ini pula merujuk kepada kepentingan strategi komunikasi menurut pandangan tokoh. Terdapat 8 tokoh yang memberi pendapat mengenai kepentingan strategi komunikasi dan ada diantara mereka yang bersetuju dengan pandangan tokoh lain dalam konteks yang dibincangkan. Oleh itu,  secara keseluruhan kepentingan yang dibicarakan memberi kesan yang positif maka perkara ini boleh diaplikasikan dalam kehidupan.

Jadi, berakhirlah sudah slot perkongsian ilmu kita pada hari ini. Choiiii acah-acah moderator je >_<


Kehadiran 17 Mei 2021



Sunday, May 16, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 7- VIDEO SETEMPAT

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

 

Assalamualaikum dan hi bloggers...

Salam 3 Syawal semua :)

Raya kan sebulan tapi untuk student kita raya dengan assingnment jerr ^^ haha jk

Untuk tugasan video setempat saya dikehendaki merakam video tanpa suntingan. Sebagai contoh video di Instagram story yang merakam video berdurasi 15 saat tanpa suntingan. Namun untuk video setempat ini dirakam dalam keadaan yang tidak beralih tempat dan suara latar video merupakan suara individu yang merakam video tersebut. Video setempat digemari oleh pengguna telefon bimbit yang yang gemar berkongsi cerita terkini mengenai dirinya. Biasanya video ini berdurasi lebih kurang empat minit dan wajah perakam video jarang didapati.

Jadi, saya ingin berkongsi dengan anda semua video setempat yang dirakam oleh saya sendiri. Semoga terhibur yaa...



Menarik kan sambil-sambil buat assingnment boleh dengar lagu raya. Maklumlah masih dalam mood beraya. Mudah je nak buat video setempat ni just ikut je langkah-langkah dekat bawah ni ye. Setiap orang lain caranya dalam membuat video ini. Saya akan sertakan langkah-langkah untuk membuat video setempat dengan cara yang paling mudah dan ringkas:-

Langkah-langkah Membuat Video Setempat

1. Video setempat boleh diambil dimana-mana sahaja yang penting ada handphone untuk merakam. Camera pun boleh. Asalkan boleh rakam. 
2. Phone dipegang dengan kemas supaya video tidak bergegar yang menyebabkan hasil video menjadi tidak cantik. 
3. Hanya tangan sahaja boleh bergerak manakala badan hanya statik di tempat duduk. Nama lagi video setempat kan.
4. Untuk pan video ke kiri dan ke kanan hendaklah dibuat dengan perlahan-lahan supaya video tidak menjadi laju yang boleh menyebabkan penonton menjadi pening apabila melihat video itu.
5. Orang yang merakam hendaklah memperlahankan sedikit suara kerana phone berada berdekatan dengan mulut. Suara yang sederhana sahaja tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan.
6. Rakaman video boleh dirakam mengikut kemahuan perakam. Kebiasaannya, tidak terlalu lama dalam 5 minit sahaja. 
7. Akhir sekali, video ini boleh disimpan atau dimuat naik ke mana-mana media sosial pilihan perakam.

The End

Haaa mudah kan. Jadi, tunggu apa lagi. Cubalah sekarang! ^^


Kehadiran pada 3 Mei 2021





BBM3410-2021-MINGGU 7- VLOG HARI RAYA (KLIK KLIK)

 Assalamualaikum & hi bloggers...

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua :)

Pada hari yang mulia ini kumpulan saya menghasilkan satu vlog hari raya memandangkan kita tidak boleh bersua muka kerana masih dalam pandemik COVID-19. Dengan keadaan kes yang semakin meningkat  hari demi hari maka tahun ini kita dikehendaki beraya dalam keadaan PKP iaitu tidak boleh ziarah-menziarahi, mengadakan rumah terbuka dan tidak boleh keluar tanpa sebab. Oleh itu, selagi kita boleh beraya bersama keluarga itu adalah nikmat terbesar yang perlu kita syukuri. Sederhana tetapi bermakna. Kita jaga kita.

Jom kita saksikan vlog hari raya Klik Klik bersama-sama...





Raya pertama cantik berseri,
Berbaju kurung bagai puteri,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Moga kita bersua lagi.



Kehadiran 3 Mei 2021


Saturday, May 1, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 6- SIMPULAN BAHASA (KLIK KLIK)

 

Assalamualaikum dan hi bloggers.

Untuk minggu 6, saya dan ahli kumpulan dikehendaki membuat video mengenai simpulan bahasa. Kami perlu lakonkan babak simpulan bahasa supaya maksudnya dapat diagak oleh audiens. Jadi,  tugasan dapat dilakukan dengan baik sekali dengan ahli kumpulan yang memang berbakat semuanya. Saya sendiri tak kering gusi melihat gelagat-gelagat ahli kumpulan yang mencuit hati dan kreatif dengan bahagian masing-masing. Ayuh kita lihat macam mana kejadiannya di dalam video di bawah ini ~ ~ ~





Senarai simpulan bahasa yang terdapat dalam video:-

1.  Rambang mata (tidak boleh membuat pilihan)
2.  Mata air (buah hati)
3.  Ada angin (perangai yang tidak tetap)
4.  Ada bakat (mempunyai kebolehan)
5.  Ada hati (menaruh minat terhadap seseorang secara diam-diam)
6.  Ada jalan (mempunyai peluang)
7.  Ada sengat/Ada taring (mempunyai kuasa)
8.  Air bujang (hidangan minuman tanpa kuih)
9.  Air muka (wajah seseorang)
10.  Mandi peluh (hardworking)
11.  Makan angin (bercuti)
12.  Alas perut (makan sedikit untuk menahan lapar)
13.  Makan hati (kecewa)
14.  Alim kucing (berpura-pura baik)
15.  Ambil angin (keluar bersiar-siar mengambil udara nyaman)
16.  Ambil berat (mengambil tahu tentang sesuatu perkara)
17.  Ambil hati (membuat sesuatu supaya disukai oleh orang)
18.  Anak angkat / Anak tut (anak orang yang dipelihara sebagai anak sendiri)
19.  Makan suap (rasuah)
20.  Buta tuli (berbuat sesuatu tanpa berfikir)


SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

  Setiap tugasan sepanjang minggu 14 ini disertakan dengan pautan di bawah bagi setiap tajuk: 1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKA...